Askar Biru

Wednesday, April 9, 2014

"We've Done It Before"

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.


"We've done it before, champions of Europe, we've done it before."

Itulah sorakan yang bergema di Stadium Stamford BridgeLondonEngland selepas Andre Schurrle menjaringkan gol pertama untuk pasukan Chelsea FC pada minit ke 31, pada perlawanan timbal balik kedua, Suku Akhir pertandingan Piala Juara-juara UEFA awal pagi tadi.

Untuk entry kali ini, aku sertakan review ringkas untuk perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, dalam bentuk permainan video Pro Evolution Soccer atau pun PES. Aku pernah membuat review perlawanan bolasepak dalam bentuk yang serupa beberapa tahun yang lalu di blog ini, tapi oleh sebab yang tak dapat dielakkan, gambar-gambar yang digunakan telah hilang dari entries yang ditulis.

Sunday, August 4, 2013

Chelsea FC Asia Tour 2013 di Malaysia

Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Sejahtera.

Dalam entry kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang kedatangan Chelsea FC ke Malaysia untuk siri Asia Tour tahun 2013.

Pasukan Chelsea FC telah tiba di Malaysia pada hari Khamis, 18 Julai 2013 setelah selesai siri jelajah mereka di Thailand beberapa hari sebelum itu. Perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dan Chelsea FC pada malam Ahad, 21 Julai 2013 berkesudahan dengan Malaysia XI 1-4 Chelsea FC.

Hari Perlawanan Malaysia XI vs Chelsea FC - 21 Julai 2013


Tiket-tiket perlawanan.

Monday, June 3, 2013

Chelsea FC Asia Tour 2013 dan Kenangan 2011

Seperti yang kita semua tahu, pada 21 Julai 2013 nanti pasukan kegemaran kita, Chelsea FC akan bertemu dengan pasukan pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam sebagai salah satu perlawanan persahabatan untuk siri jelajah Asia mereka. Ini adalah kunjungan ketiga Chelsea FC ke Malaysia dalam 5 tahun. Kali terakhir Chelsea FC datang ke Malaysia adalah pada tahun 2011.


Oleh kerana 21 Julai 2013 nanti jatuh pada bulan Ramadhan, maka perlawanan akan dimulakan lewat, iaitu pada jam 9.45pm bagi menghormati umat Islam yang menunaikan Solat Sunat Tarawih. Tiket perlawanan persahabatan ini boleh didapati di kedai-kedai Adidas yang terpilih atau boleh dibeli secara online di TicketPro.

Di bawah adalah pelan tempat duduk di Stadium Shah Alam nanti, dan senarai harga tiket.


Bagi anda yang belum pernah pergi ke Chelsea FC Asia Tour sebelum ini dan ingin mendapat gambaran apa yang akan berlaku sepanjang Chelsea FC Asia Tour nanti, dalam entry ini saya kongsikan pengalaman saya semasa Chelsea FC Asia Tour 2011 yang lalu. Sila klik "Read More" untuk terus membaca.

Selamat kembali 'The Special One'

Selamat kembali 'The Special One'


Akhirnya selepas spekulasi yang berpanjangan selama hampir 2 bulan, hari ini (3 Jun 2013), laman web rasmi Chelsea telah mengumumkan pelantikan Jose Mourinho (JM) sebagai Pengurus Kelab yang baru, dengan mengikat kontrak selama 4 tahun. JM menggantikan pengurus sementara Rafael Benitez yang telah sah menjadi pengurus pasukan Napoli di dalam liga Serie A, Italy. JM akan membawa bersama 3 orang kanan beliau, Rui Faria, Silvino Louro, Jose Morais bagi membentuk barisan kejurulatihan yang baru. Ketiga-tiga mereka akan memegang jawatan Pembantu Jurulatih.


Berita ini pastinya menggembirakan dan melegakan peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia kerana walaupun telah banyak berita mengatakan tentang kepulangan JM sebelum ini, namun selagi tiada berita rasmi daripada kelab Chelsea sendiri, apa-apa pun mungkin terjadi di saat akhir seperti mana yang berlaku kepada perpindahan pemain Robinho yang menyertai Manchester City di saat-saat akhir walaupun sebelum itu hangat diperkatakan bakal menyertai Chelsea beberapa tahun lalu.

Jose Mourinho pernah menjadi pengurus Chelsea sebelum ini mulai musim 2004/05 sehingga 2006/07.

Berikut adalah antara pencapaian JM di Chelsea sebelum ini.


Tontoni video temuramah ekslusif berikutan pengumuman Jose Mourinho sebagai Pengurus Chelsea FC yang baru :



Selamat kembali, Jose Mourinho 'The Special One'.