Askar Biru

Monday, June 3, 2013

Selamat kembali 'The Special One'

Selamat kembali 'The Special One'


Akhirnya selepas spekulasi yang berpanjangan selama hampir 2 bulan, hari ini (3 Jun 2013), laman web rasmi Chelsea telah mengumumkan pelantikan Jose Mourinho (JM) sebagai Pengurus Kelab yang baru, dengan mengikat kontrak selama 4 tahun. JM menggantikan pengurus sementara Rafael Benitez yang telah sah menjadi pengurus pasukan Napoli di dalam liga Serie A, Italy. JM akan membawa bersama 3 orang kanan beliau, Rui Faria, Silvino Louro, Jose Morais bagi membentuk barisan kejurulatihan yang baru. Ketiga-tiga mereka akan memegang jawatan Pembantu Jurulatih.


Berita ini pastinya menggembirakan dan melegakan peminat-peminat Chelsea di seluruh dunia kerana walaupun telah banyak berita mengatakan tentang kepulangan JM sebelum ini, namun selagi tiada berita rasmi daripada kelab Chelsea sendiri, apa-apa pun mungkin terjadi di saat akhir seperti mana yang berlaku kepada perpindahan pemain Robinho yang menyertai Manchester City di saat-saat akhir walaupun sebelum itu hangat diperkatakan bakal menyertai Chelsea beberapa tahun lalu.

Jose Mourinho pernah menjadi pengurus Chelsea sebelum ini mulai musim 2004/05 sehingga 2006/07.

Berikut adalah antara pencapaian JM di Chelsea sebelum ini.


Tontoni video temuramah ekslusif berikutan pengumuman Jose Mourinho sebagai Pengurus Chelsea FC yang baru :



Selamat kembali, Jose Mourinho 'The Special One'.



No comments:

Post a Comment